Tuesday, June 15, 2010

Asal usulnya kenyah kayan

Kaum Kenyah ialah salah satu kaum besar orang asli (Bumiputera) yang mendiami di kawasan pedalaman daerah Baram dan Belaga di Sarawak, Malaysia serta di Kalimantan, Indonesia. Kini kaum Kenyah terdiri daripada sub-kaum kecil seperti Kenyah Jamok, Kenyah Badeng, Kayan, , Lepo' Tau, Lepo' Maut, Uma' Bakah, Lepo' Kulit, Kenyah Sambob, Penan dan sebagainya. Kaum Kayan dan Penan pada asalnya merupakan sub-kaum Kenyah berdasarkan sejarah nenek moyang iaitu Lenjau Suuh + Bawe'. Berikut adalah Nenek Moyang Kaum Kenyah.Kaum ini digolongkan bersama-sama dengan kaum Kelabit, Lun Bawang serta di bawah golongan yang lebih umum, iaitu kaum orang Ulu.
Asal usul Masyarakat Kenyah adalah di Dataran Tinggi Usun Apau sejak sekitar 1400 -1700 masehi. Kaum kenyah mula berpecah kepada sub-kenyah kecil sekitar 1400-1600 masehi iaitu bangsa Kenyah Jamok,Kenyah Badeng, Kayan, , Lepo' Tau, Lepo' Maut, Uma' Bakah, Lepo' Kulit, Kenyah Sambob, Penan dan sebagainya. Di antara sub-kaum Kenyah yang ketara sekali berubah dari segi bahasanya ialah Kayan dan Penan. Namunpun begitu, terdapat sedikit persamaannya yang boleh difahami dan tidak jauh perbezaannya.
Semasa pemerintahan Raja Brooke, Masyarakat Kenyah telah berpecah kerana menentang penguasaan Rajah Brooke ke bahagian Pedalaman Sarawak iaitu di Dataran Tinggi Usun Apau. Sebahagian Kenyah telah tinggal didaerah Baram dan berdamai dengan pemerintahan Rajah Brooke pada ketika itu. Sementara sebahagian lagi tidak mahu diperintah oleh Rajah Brooke. Oleh itu, mereka telah diserang oleh Rajah Brooke di Tanah Tinggi Usun Apau. Penentangan mereka terhadap Rajah Brooke tidak mendapat sokongan kaum lain kerana Rajah Brooke menggunakan orang tempatan untuk menyerang Kaum Kenyah Usun Apau. Sehingga ada sebahagian lari ke sempadan Sarawak-Kalimantan(Alo Kayan). Dari sempadan sekitar selepas konfrantasi Malaysia-Indonesia, mereka telah berpindah balik ke Malaysia iaitu di kawasan Belaga, Bintulu dan Baram. Kini kaum Kenyah tinggal di Sepanjang Ulu Sungai Baram,Daerah Belaga, Bintulu dan kalimantan. Kebudayaan masyarakat Kenyah adalah lebih kurang sama pada keseluruhannya. Penempatan mereka adalah di lembah sungai sepanjang hulu batang Baram, Usun Apau, Balui, kawasan Tinjar, dan ulu batang Rajang.
Pada lewat abad ke-20, bilangan kaum Kenyah dilaporkan terdiri daripada 23,000 orang. Mereka tinggal dekat kuala sungai dipangil Long dan mempunyai perhubungan yang rapat dengan kaum Kayan. Oleh itu, kaum Kenyah mempunyai budaya yang amat serupa dengan kaum Kayan, walaupun bahasa-bahasa mereka berbeza kerana mereka adalah bangsa Kenyah pada asalnya. Ekonomi tradisi Kenyah berdasarkan penanaman padi bukit di lereng/cerang hutan. Pokok-pokok hutan ditebang dan dibakar, dan padi ditanam antara abu-abunya.

Pada masa lampau masyarakat asli Kenyah sering di diserang oleh penjajah(Pemerinyahan Brooke) kerana mereka tidak mahu diperintah oleh orang lain. Mereka juga sering menyerang orang orang luar, seperti orang orang Iban dan sebaliknya, ataupun orang Kenyah sendiri dari daerah lain. Masyarakat asli Kenyah & Masyarakat asli Iban mempunyai ciri peperangan yang agak serupa, di mana masyarakat asli kenyah juga memotong kepala musuhnya dan membawa kepala musuhnya ke kampung dijadikan sebagai cenderamata keperwiraannya. Sekiranya seseorang itu mendapat kepala yang banyak maka orang itu merupakan orang yang disegani di kampung itu dan ramai wanita suka dengannya kerana dia adalah wira kampungnya. Selain itu, kepala yang telah diambil itu juga akan dijadikan bahan upacara 'Ule' Ayau" ketika upacara keramaian Penyembahan dalam adat tradisi.
Dari segi penempatan pula masyarakat asli Kenyah membina rumah panjang mereka berdekatan dengan sungai, dimana sungai ini merupakan jalan untuk menghubung mereka dengan tempat lain mengunakan perahu, melain kan tempat untuk mencari rezeki sambilan, seperti menjala ikan, memasang bubu,memancing dan sebagainya.
Masyarakat asli Kenyah merupakan satu lagi masyarakat yang tinggal di dalam rumah panjang. Rumah panjang ini berfungsi seperti sebuah perkampungan. Biasanya, rumah panjang masyarakat asli Kenyah hanya terdapat satu di tempat yang sama dan segala-galanya diuruskan oleh seorang ketua rumah atau penghulu rumah panjang.
Rumah panjang masyarakat asli Kenyah merupakan sebuah rumah panjang berukuran sehingga 1,200 kaki yang didirikan di atas tiang-tiang kayu keras seperti Kayu Belian. Corak rumah panjang ini mengandungi satu deretan bilik-bilik keluarga di bahagian belakang dan sebuah serambi terlindung yang lebar di depan untuk bertindak sebagai ruang kerja yang umum serta sebagai lorong kampung.
Tetapi, kini dengan era moden yang kian mengembang pesat. Masyarakat moden Kenyah lebih cenderung menetap di bandar besar sebab adanya kemudahan awam seperti sekolah, hospital dan mata pencarian mereka tidak lagi bergantung kepada hasil tanaman dan hasil hutan seperti nenek-moyangnya. Hidup bandar sedikit sebanyak telah mengubah prinsip generasi baru Kenyah yang sudah melupakan asal usul mereka adalah di kawasan pedalaman. Hidup harmoni dengan alam.
Dari segi kepercayaan pula masyarakat Kenyah merupakan masyarakat yang percaya kepada kepercayaan animisme(ADAT APAU LAGAN DAN BUNGAN) di mana mereka percaya bahawa semua yang ada disisi mereka mempunyai roh yang sendiri. Masyarakat asli Kenyah amat percaya kepada tanda-tanda alam, di mana setiap keanehan alam akan memberi makna atau maksud. Kehidupan harian masyarakat asli Kenyah secara amnya di tentukan oleh kepercayaan tersebut.
Tetapi sejak datangnya mubalih-mubalih Kristian dan menyebar agama Kristian pada mereka, kepercayaan ini tidak lagi di pegang kerana ianya amat susah diikuti, banyak pantang larang berbanding agama Kristen. Pada masa sekarang majoriti masyarakat moden Kenyah kebanyakkan beragama Kristian.

No comments:

Post a Comment