Thursday, June 17, 2010

My lovely idol "Elvis Presly"



Elvis Aaron (or Arona) Presley (January 8, 1935 – August 16, 1977) was one of the most popular American singers of the 20th century. A cultural icon, he is widely known by the single name Elvis. He is often referred to as the "King of Rock and Roll" or simply "the King".

Born in Tupelo, Mississippi, Presley moved to Memphis, Tennessee, with his family at the age of 13. He began his career there in 1954 when Sun Records owner Sam Phillips, eager to bring the sound of African American music to a wider audience, saw in Presley the means to realize his ambition. Accompanied by guitarist Scotty Moore and bassist Bill Black, Presley was one of the originators of rockabilly, an uptempo, backbeat-driven fusion of country and rhythm and blues. RCA Victor acquired his contract in a deal arranged by Colonel Tom Parker, who would manage the singer for over two decades. Presley's first RCA single, "Heartbreak Hotel", released in January 1956, was a number one hit. He became the leading figure of the newly popular sound of rock and roll with a series of network television appearances and chart-topping records. His energized interpretations of songs, many from African American sources, and his uninhibited performance style made him enormously popular—and controversial. In November 1956, he made his film debut in Love Me Tender.

Conscripted into military service in 1958, Presley relaunched his recording career two years later with some of his most commercially successful work. He staged few concerts, however, and, guided by Parker, proceeded to devote much of the 1960s to making Hollywood movies and soundtrack albums, most of them critically derided. In 1968, after seven years away from the stage, he returned to live performance in a celebrated comeback television special that led to an extended Las Vegas concert residency and a string of profitable tours. In 1973, Presley staged the first concert broadcast globally via satellite, Aloha from Hawaii, seen by approximately 1.5 billion viewers. Prescription drug abuse severely compromised his health, and he died suddenly in 1977 at the age of 42.

Presley is regarded as one of the most important figures of 20th-century popular culture. He had a versatile voice and unusually wide success encompassing many genres, including country, pop ballads, gospel, and blues. He is the best-selling solo artist in the history of popular music.[ Nominated for 14 competitive Grammys, he won three, and received the Grammy Lifetime Achievement Award at age 36. He has been inducted into four music halls of fame.

Tuesday, June 15, 2010

Asal usulnya kenyah kayan

Kaum Kenyah ialah salah satu kaum besar orang asli (Bumiputera) yang mendiami di kawasan pedalaman daerah Baram dan Belaga di Sarawak, Malaysia serta di Kalimantan, Indonesia. Kini kaum Kenyah terdiri daripada sub-kaum kecil seperti Kenyah Jamok, Kenyah Badeng, Kayan, , Lepo' Tau, Lepo' Maut, Uma' Bakah, Lepo' Kulit, Kenyah Sambob, Penan dan sebagainya. Kaum Kayan dan Penan pada asalnya merupakan sub-kaum Kenyah berdasarkan sejarah nenek moyang iaitu Lenjau Suuh + Bawe'. Berikut adalah Nenek Moyang Kaum Kenyah.Kaum ini digolongkan bersama-sama dengan kaum Kelabit, Lun Bawang serta di bawah golongan yang lebih umum, iaitu kaum orang Ulu.
Asal usul Masyarakat Kenyah adalah di Dataran Tinggi Usun Apau sejak sekitar 1400 -1700 masehi. Kaum kenyah mula berpecah kepada sub-kenyah kecil sekitar 1400-1600 masehi iaitu bangsa Kenyah Jamok,Kenyah Badeng, Kayan, , Lepo' Tau, Lepo' Maut, Uma' Bakah, Lepo' Kulit, Kenyah Sambob, Penan dan sebagainya. Di antara sub-kaum Kenyah yang ketara sekali berubah dari segi bahasanya ialah Kayan dan Penan. Namunpun begitu, terdapat sedikit persamaannya yang boleh difahami dan tidak jauh perbezaannya.
Semasa pemerintahan Raja Brooke, Masyarakat Kenyah telah berpecah kerana menentang penguasaan Rajah Brooke ke bahagian Pedalaman Sarawak iaitu di Dataran Tinggi Usun Apau. Sebahagian Kenyah telah tinggal didaerah Baram dan berdamai dengan pemerintahan Rajah Brooke pada ketika itu. Sementara sebahagian lagi tidak mahu diperintah oleh Rajah Brooke. Oleh itu, mereka telah diserang oleh Rajah Brooke di Tanah Tinggi Usun Apau. Penentangan mereka terhadap Rajah Brooke tidak mendapat sokongan kaum lain kerana Rajah Brooke menggunakan orang tempatan untuk menyerang Kaum Kenyah Usun Apau. Sehingga ada sebahagian lari ke sempadan Sarawak-Kalimantan(Alo Kayan). Dari sempadan sekitar selepas konfrantasi Malaysia-Indonesia, mereka telah berpindah balik ke Malaysia iaitu di kawasan Belaga, Bintulu dan Baram. Kini kaum Kenyah tinggal di Sepanjang Ulu Sungai Baram,Daerah Belaga, Bintulu dan kalimantan. Kebudayaan masyarakat Kenyah adalah lebih kurang sama pada keseluruhannya. Penempatan mereka adalah di lembah sungai sepanjang hulu batang Baram, Usun Apau, Balui, kawasan Tinjar, dan ulu batang Rajang.
Pada lewat abad ke-20, bilangan kaum Kenyah dilaporkan terdiri daripada 23,000 orang. Mereka tinggal dekat kuala sungai dipangil Long dan mempunyai perhubungan yang rapat dengan kaum Kayan. Oleh itu, kaum Kenyah mempunyai budaya yang amat serupa dengan kaum Kayan, walaupun bahasa-bahasa mereka berbeza kerana mereka adalah bangsa Kenyah pada asalnya. Ekonomi tradisi Kenyah berdasarkan penanaman padi bukit di lereng/cerang hutan. Pokok-pokok hutan ditebang dan dibakar, dan padi ditanam antara abu-abunya.

Pada masa lampau masyarakat asli Kenyah sering di diserang oleh penjajah(Pemerinyahan Brooke) kerana mereka tidak mahu diperintah oleh orang lain. Mereka juga sering menyerang orang orang luar, seperti orang orang Iban dan sebaliknya, ataupun orang Kenyah sendiri dari daerah lain. Masyarakat asli Kenyah & Masyarakat asli Iban mempunyai ciri peperangan yang agak serupa, di mana masyarakat asli kenyah juga memotong kepala musuhnya dan membawa kepala musuhnya ke kampung dijadikan sebagai cenderamata keperwiraannya. Sekiranya seseorang itu mendapat kepala yang banyak maka orang itu merupakan orang yang disegani di kampung itu dan ramai wanita suka dengannya kerana dia adalah wira kampungnya. Selain itu, kepala yang telah diambil itu juga akan dijadikan bahan upacara 'Ule' Ayau" ketika upacara keramaian Penyembahan dalam adat tradisi.
Dari segi penempatan pula masyarakat asli Kenyah membina rumah panjang mereka berdekatan dengan sungai, dimana sungai ini merupakan jalan untuk menghubung mereka dengan tempat lain mengunakan perahu, melain kan tempat untuk mencari rezeki sambilan, seperti menjala ikan, memasang bubu,memancing dan sebagainya.
Masyarakat asli Kenyah merupakan satu lagi masyarakat yang tinggal di dalam rumah panjang. Rumah panjang ini berfungsi seperti sebuah perkampungan. Biasanya, rumah panjang masyarakat asli Kenyah hanya terdapat satu di tempat yang sama dan segala-galanya diuruskan oleh seorang ketua rumah atau penghulu rumah panjang.
Rumah panjang masyarakat asli Kenyah merupakan sebuah rumah panjang berukuran sehingga 1,200 kaki yang didirikan di atas tiang-tiang kayu keras seperti Kayu Belian. Corak rumah panjang ini mengandungi satu deretan bilik-bilik keluarga di bahagian belakang dan sebuah serambi terlindung yang lebar di depan untuk bertindak sebagai ruang kerja yang umum serta sebagai lorong kampung.
Tetapi, kini dengan era moden yang kian mengembang pesat. Masyarakat moden Kenyah lebih cenderung menetap di bandar besar sebab adanya kemudahan awam seperti sekolah, hospital dan mata pencarian mereka tidak lagi bergantung kepada hasil tanaman dan hasil hutan seperti nenek-moyangnya. Hidup bandar sedikit sebanyak telah mengubah prinsip generasi baru Kenyah yang sudah melupakan asal usul mereka adalah di kawasan pedalaman. Hidup harmoni dengan alam.
Dari segi kepercayaan pula masyarakat Kenyah merupakan masyarakat yang percaya kepada kepercayaan animisme(ADAT APAU LAGAN DAN BUNGAN) di mana mereka percaya bahawa semua yang ada disisi mereka mempunyai roh yang sendiri. Masyarakat asli Kenyah amat percaya kepada tanda-tanda alam, di mana setiap keanehan alam akan memberi makna atau maksud. Kehidupan harian masyarakat asli Kenyah secara amnya di tentukan oleh kepercayaan tersebut.
Tetapi sejak datangnya mubalih-mubalih Kristian dan menyebar agama Kristian pada mereka, kepercayaan ini tidak lagi di pegang kerana ianya amat susah diikuti, banyak pantang larang berbanding agama Kristen. Pada masa sekarang majoriti masyarakat moden Kenyah kebanyakkan beragama Kristian.

Cerita rakyat Kisah Pokok Siburan

Pada suatu masa dahulu, Siburan, anak lelaki kepada Raja Manggeng dari Pulau Jawa telah berkahwin dengan seorang gadis jelita dari Siburan. Gadis jelita ini berketurunan Bidayuh, suku kaum etnik yang menetap di kawasan di sekitar Sungai Sarawak, Kebanyakan suku kaum Bidayuh pada ketika itu tinggal di kawasan tinggi. Mereka menanam padi bukit sebagai sumber makanan.
Siburan dan isterinya dikurniakan dua orang anak lelaki, Si Pungut dan Si Kadut. Mereka hidup dengan serba kesenangan. Ibu bapa mereka amat menyayangi mereka berdua.
Pada suatu hari, Siburan memberitahu sesuatu kepada isterinya, `Ibu dan bapa kamu sudah meninggal dunia. Anak-anak kita tidak lagi ada nenek moyang di Siburan. Lebih elok kita bawah mereka ke Pulau Jawa untuk menziarahi nenek moyang mereka di sana!”
Siburan pun mengarahkan rakan-rakan mereka untuk menyediakan kapal. Mereka menaikkan layar sutera dan seterusnya belayar menyusuri sungai. ’Kita akan berjumpa dengan datuk’ kata budak-budak itu. Sambil bertepuk tangan dan berlari ke atas dan ke bawah dalam kapal mereka, mereka berdua kelihatan begitu girang sekali.
Keriangan mereka menjadi hiba. Gelombang besar telah melanda kapal mereka dan kapal mereka telah tenggelam. Siburan, isterinya dan kebanyakan anak kapal tersebut turut terkorban. Walau bagaimanapun, nasib menyebelahi Si Pungut dan Si Kadut. Gelombang telah membawa kedua-dua mereka mendarat di pantai Santubong. Mereka berdua dibawa balik ke rumah panjang mereka di Siburan oleh beberapa orang rakan ayah mereka yang terselamat. Walau bagaimanapun mereka ini kembali ke Pulau Jawa dan meninggalkan Si Pungut dan Si Kadut untuk menjaga diri mereka di Siburan.
Suasana kehidupan di rumah panjang mereka penuh dengan ranjau dan duri. Ibu mereka telah meninggal dunia akibat bencana yang melanda ketika mereka dalam perjalanan untuk balik ke Pulau Jawa. Mereka tidak lagi mempunyai datuk dan nenek di rumah panjang di Siburan. Keadaan bertambah rumit apabila mereka tidak disenangi oleh orang kampung. Mereka iri hati kerana bapa mereka pernah menjadi Raja suatu ketika dahulu.
`Budak-budak ini fikir mereka mesti dilihat sebagai raja muda,’ kata orang kampung yang dengki dengan mereka. ’Mereka sepatutnya bekerja macam anak-anak kita’
Tetapi ini betul. Si Pungut dan Si Kadut memiliki padi uma. Walaupun tidak begitu besar, mereka berdua menanam padi cukup untuk keperluan harian mereka. Kadang-kadang mereka berdua pergi memburu dan memancing di Sungai Sarawak yang tidak jauh dari rumah panjang mereka. Jika mereka bekerja setiap hari mereka mempunyai bekalan sepanjang tahun dan jika mereka malas mengerjakan huma dan memburu mereka akan lapar kebuluran.
Ular Ajaib`Esok kita akan menebas rumput di denai ke huma,’ kata ketua kampung kepada semua orang kampung pada suatu petang. `Setiap orang mesti membantu. Kita akan mula bekerja pada awal pagi.’
`Adakah kita berdua perlu ikut sama?’ tanya Si Kadut kepada abangnya Si Pungut.`Ya, saya fikir begitulah,’ jawab Si Pungut. Denai itu agak jauh. `Saya bercadang untuk pergi memburu.’
Awal esok pagi semua kaum lelaki bergotong-royong menyediakan denai ke huma mereka. Si Pungut dan Si Kadut turut serta. Ketua Kampung memberi arahan kepada anak buahnya bagaimana untuk membuat denai dan menebas rumput menyusuri denai tersebut. Apabila sampai tengah hari, Ketua Kampung pun memangil: `Sekarang masa untuk makan. Duduk dan makan. Kita akan mula bekerja semula pada pukul satu petang nanti.’
Semua mereka yang hadir telah menikmati bekalan makan yang telah disediakan oleh isteri atau anak-anak mereka. Si Pungut dan Si Kadut tidak ada ibu, isteri atau kakak. Mereka tidak membawa bekalan. Yang ada hanya botol minuman. Mereka berdua hanya mampu melihat orang lain menikmati makanan yang disediakan oleh isteri dan anak masing-masing.
Tidak ada orang yang tanya mereka `ada bawa bekalan makanan.’ Tidak ada seorang pun yang sudi menjemput mereka berkongsi makanan yang telah dibawa oleh mereka.
`Mari sini,’ ujar Si Punjut kepada adiknya Si Kadut. `Saya berasa amat malu kerana kita berdua sahaja tidak membawa bekalan makanan.’
Si Kadut juga berasa amat malu. Mereka berdua berjalan jauh ke dalam hutan. Mereka berdua sungguh sedih. Mereka berdua tidak tahu arah ke mana hendak dituju. Mereka hanya mahu pergi jauh dari orang kampung yang kini sedang menikmati makanan pada tengah hari itu.
Tiba-tiba mereka kedengaran bunyi bising seolah-olah bunyi binatang yang terkena jerangkap. Mereka berdua pun pergi menyiasat. Mereka terkejut melihat seekor ular sawah yang terperangkap di celah-celah duri. Ular sawah itu didapati memusing badannya ke sana dan ke sini untuk melepaskan diri dari duri berkenaan namun tidak berjaya.
`Ular ini akan jadi makanan tengah hari kita,’ ujar Si Kadut. Lalu beliau pun mengambil parang. Abangnya menggelengkan kepala. Beliau memerhatikan bahawa ular ini bukan ular sawa yang biasa.Si Pungut adalah betul. Ular tersebut adalah luar biasa!`Kawan, tolonglah lepaskan aku,’ kata ular tersebut, bercakap seperti manusia biasa. `Tolong bebaskan aku dari duri-duri ini.’
Si Pungut pun terus memotong dahan dan duri berkenaan bagi membebaskan ular tersebut. Kemudian, dia memegang ular tersebut dengan kedua-dua belah tangan. Dengan pelahan dan penuh berhemat beliau berjaya menyelamatkan ular tersebut. Sambil darah terpancut dari kulit ular yang licin itu.`Boleh awak balik sekarang, Pak Cik Ular?’ Si Pungut bertanya dengan penuh sopan.
Ular itu cuba menyusur ke hadapan. `Tidak, saya tidak dapat bergerak,’ katanya. `Boleh awak bawa saya balik,’ kata ular tersebut.`Saya tidak tahu ular mempunyai rumah!’ Kata Si Kadut dengan teperanjat.Si Pungut mengambil ular itu dan meletakkannya di atas tangannya. Sambil bertanya `adakah kamu selesa berada di sini, Pak Cik Ular?’ dan terus bertanya `tolong beritahu saya di mana rumah kamu?’`Di sana, di atas gunung itu!’ jawab ular tersebut. Lalu dua beradik itu terus berjalan menuju ke gunung tersebut.
Rumah ular tersebut berada tidak jauh dari dari atas gunung. Sambil menjinjing ular tersebut Si Pungut dan Si Kadut terus berjalan meredah hutan. Setelah penat berjalan mereka berdua sampai ke gua tempat tinggal ular itu.
Sesudah sampai di rumah ular itu Si Pungut pun meletaklah ular tersebut di atas lantai. ’Terima kasih. Kamu boleh letakkan saya di bawah,’ kata ular tersebut. Si Pungut membongkok dan terus meletakkan ular itu di atas lantai rumahnya. Tetapi tiba-tiba kedengaran suara garang memekik dari dalam gua tersebut.
`Hoi hoi hoi!’ suara itu memekik. `Saya dapat mencuim bau manusia! Saya dapat cium daging manusia! Mari sini saya makan mereka!’`Jangan marah, nenek!’ balas ular tadi. Tetapi dua orang budak tersebut tidak dapat melihat di mana nenek ular itu berada. Ini yang membuat mereka begitu takut dan seram.
`Hoi hoi!’ Kenapa pula saya tak marah,’ jawab suara dari dalam gua itu.`Adakah kamu nak bagi tahu tak ada manusia di dalam rumah ini’ Kamu fikir saya ini bodoh? Saya boleh mencium mereka dengan hidung saya sendiri.’ `Ya betul, ada manusia di sini,’ jawab ular tersebut. Tapi mereka berdua manusia yang baik hati. Saya tersepit di celah duri dan mereka bantu membebaskan saya. Saya cedera dan tidak dapat berjalan, dan mereka membawa saya pulang. Tolong jangan makan mereka,’ kata ular itu.`Jangan takut,’ bisik ular itu kepada Si Pungut dan Si Kadut. `Nenek saya tidak suka kepada manusia. Semasa dia masih kecil dia hampir dibunuh oleh pemburu. Kamu perlu balik sekarang. Tetapi sebelum balik saya bagi kamu berdua satu hadiah’. Ular itu pun mengongang badannya dan dua utas sisik bewarna keemasan terjatuh dari badannya.
`Simpanlah sisik-sisik tersebut,’ ujar ular itu. `Bawalah sisik-sisik itu ke puncak gunung lepas itu tanamlah ia apabila tidak ada bunyi burung berkicauan didengari. Jika burung `kusah’ berkicauan sisik itu tidak boleh ditanam di situ. Begitu juga jika burung `keriak’ menanyi. Naik sampai ke puncak gunung. Di situlah tempatnya,’ kata ular itu.`Terima kasih, Pak Cik Ular’ kata Si Pungut dan beliau terus kutip seutas sisik. Adiknya Si Kadut pun turut mengambil seutas sisik sambil mengucapkan `Terima kasih, Pak Cik Ular.’ Mereka berdua pun terus beredar dari gua tersebut dan terus pulang ke kampung halaman mereka.
Pada esok harinya mereka berdua pun bangun awal. Mereka mendaki Gunung Siburan dan mencari tanah yang subur untuk menanam sisik yang telah diambil dari ular tersebut. Kebetulan pula musim sekarang ialah musim menanam padi dan hampir semua orang kampung mengerjakan huma mereka di kawasan sekitar Gunung Siburan. Sambil dua beradik ini berjalan melepasi huma petani-petani yang bekerja di huma mereka pun bertanya.
`Hei, ke mana kamu berdua pergi?’ tanya seorang petani.`Ke puncak Gunung Siburan,’ jawab Si Pungut dengan penuh sopan.`Bodoh,’ kata seorang wanita bernama Si Dia. `Tempat untuk menanam padi adalah di sini, bukan di puncak gunung itu.’Si Pungut dan Si Kadut terus berjalan. Mereka merentasi huma, dusun durian dan hutan. Merendah hutan tebal dan cerun yang semakin tinggi.`Tempat ini sesuai untuk menanam sisik ular itu’ Si Kadut tanya abangnya.`Tidak, bukan tempat ini,’ jawab Sipungut. `Hutan di sini terlalu tebal. `Tumbuhan baru tidak akan membesar di sini’
Apabila mereka berdua sampai di puncak Gunung Siburan terdapat tidak banyak pokok lagi. Mereka berhenti dan mencari tempat yang rata.`Kusah!Kusah!Kusah!’ bunyi burung Kusah berkicauan. Sambil mengingati pesanan Pak Cik Ular, kedua-dua beradik ini meneruskan perjalanan mereka ke puncak gunung tersebut. Dari puncak Gunung Siburan mereka berdua dapat melihat Sungai Sarawak yang mengalir dan tanah rata di bawah. Mereka berhenti untuk melihat tempat yang sesuai untuk menanam sisik tersebut.`Kriak! Kriak! Kriak!’ bunyi burung Kriak berkicauan lagi. Sambil mengingati pesanan Pak Cik Ular, Si Pungut berkata `tempat ini tidak bernasib.’ Mereka terus berjalan menghampiri puncak Gunung Siburan di mana awan mencecah gunung tersebut. Sambil memeriksa keadaan sekeliling, mereka dapat melihat Gunung Santubong yang dikelilingi laut seolah-olah mengawal kuala Sungai Sarawak. Mereka berdua berdiam diri seketika sambil mendengar sama ada bunyi burung-burung yang berkicauan. Keadaan begitu sunyi, dan yang mereka dengar hanyalah bunyi angin yang bertiup.
`Inilah tempatnya,’ kata Si Pungut. Si Pungut dan Si Kadut terus mencapai parang panjang mereka dan menggali lubang. Mereka berdua terus menanam sisik yang diperoleh dari ular tersebut.`Berapa lamakah masa yang akan diambil oleh sisik itu untuk menjadi pokok yang rendang’ tanya Si Kadut sambil mereka merangka pulang dari puncak Gunung Siburan.
`Saya tidak tahu,’ jawab Si Pungut.`Kayu jenis apa yang akan tumbuh dari sisik ular,’ tanya Si Kadut lagi. Jawapan yang sama `saya tidak tahu’ diberi oleh Si Pungut.
Lebih kurang setahun tidak ada apa-apa yang tumbuh dari sisik ular tersebut. Sungguhpun demikian adik-beradik ini sering sahaja mendaki Gunung Siburan untuk melihat dengan sendirinya apakah perkembangan yang belaku dengan sisik ular yang telah ditanam oleh mereka, akan tertapi tidak ada benda ajaib yang akan belaku. Apa yang mereka lihat hanyalah pokok-pokok lain sahaja yang membesar dan semak samun tumbuh dengan suburnya. Selang beberapa bulan mereka tidak tahu lagi tapak di mana sisik tersebut ditanam. `Kamu fikir Pak Cik Ular berbohong dengan kita?’ Si Kadut bertanya abangnya Si Pungut. Si Pungut hanya menggelengkan kepala. Dia pun tidak tahu. Dia tidak pernah berjumpa dengan ular ajaib sebelum ini.
Tetapi setahun selepas musim menaman padi pada tahun berikunya, Si Pungut dan Si Kadut pun pergi memburu. Mereka berdua menaiki Gunung Siburan lagi. Mereka terperanjat melihat sebatang pokok yang lurus dan sangat tinggi. Mereka terpaksa mendongak barulah mereka dapat melihat dedaun pokok tersebut yang lebat dan menghijau.
`Pokok jenis apa ini?’ tanya Si Kadut dengan abangnya. `Dan apakah jenis buah-buahan yang terdapat pada dahan pokok tersebut?’ Tanyanya lagi kepada abangnya.`Pokok yang rendang ini ialah pokok balsa,’ jawab Si Pungut. ’Tetapi buahnya kelihatan berlainan kerana sungguh besar.’
Si Pungut dan Si Kadut memerhatikan pokok tersebut dengan penuh khusyuk. Si Pungut dapat melihat buah-buah istemewa dari pokok yang pernah ditanam. Gong-gong besar tergantung dari dahan-dahan pokok tersebut. Selain itu, terdapat juga beberapa buah pasu dan pingan yang berwarna hijau dan ungu, sambil daun-daunnya seperti kepingan duit perak. Tali pinggang perak dan manik-manik yang mengelingi pokok tersebut. Selaras `bedir’ terdapat di tengah-tengah batang pokok tersebut, dan beberapa kotak daun serih yang kekuningan juga boleh didapati pada pokok tersebut. Tidak ada penduduk di Siburan pernah melihat pokok ajaib sebigini. Tidak ada masyarakat Bidayuh di Siburan yang pernah mendengar tentang pokok itu.Si Pungut dan Si Kadut hanya mampu berdiri sambil melihat ke atas, terpaku. Mereka berdua sungguh terperanjat dan mereka tidak percaya apa yang mereka lihat.
`Boleh kita panjat dan ambil apa-apa yang ada di atas pokok itu?’ tanya Si Kadut kepada abangnya.Si Pungut menggelengkan kepalanya.`Kita tidak perlu barang-barang itu semua,’ dia menjawab. `Kalau kita kerja keras, kita boleh memperoleh apa-apa sahaja. Suatu hari nanti apabila kita memerlukan gong, gendang,`bedir’ kita boleh datang lagi untuk mengambilnya. Bukan sekarang,’ ujar Si Pungut.
Sibun Simambang rakan sekampung kedua-dua adik-beradik, Si Pungut dan Si Kadut, dari sebuah rumah panjang di Siburan pun turut memburu pada hari yang sama. Sibun Simambang pula memburu menyusuri sungai. Sibun Simambang ternampak seekor burung kenyalang, tetapi burng tersebut asyik terbang jauh. Setiap kali Sibun Simambang hendak menyumpit burung kenyalang tersebut ia pasti akan terbang lebih jauh. Sungguhpun demikian Sibun Simambang terus menjejaki burung kenyalang tersebut menjelajahi hutan belantara. Dia berjalan sepanjang hari dan akibat daripada perbuatan itu, beliau tersesat dalam hutan. Setelah senja tiba Sibun Simambang pun berasa dahaga dan lapar kerana tidak makan sepanjang hari.Apabila malam sudah menjelang tiba, Sibun Simambang melihat rumah panjang di hadapannya. Dia bertanya dengan mereka yang berada di tanju.`Bolehkah saya naik,’ dia tanya dengan penuh sopan santun.`Ya boleh, sila naik! Jawab mereka balik. `Tidak ada berita yang kurang baik di rumah kami’
Apabila berada di rumah panjang tersebut Sibun Simambang berasa pelik. Beliau lihat pakaian mereka lain daripada apa yang beliau selalu lihat. Beliau dengar cara mereka bercakap, ia amat berbeza daripada apa yang beliau selalu dengar. Kini beliau sedar beliau berada di rumah musuh beliau! Nasib baik penduduk kampung itu tidak tahu asal usul beliau.`Tinggallah dengan kami,’ kata seorang daripada mereka. Mereka menjemput Sibun Simambang untuk menikmati makan malam. Selepas semua sudah makan, mereka duduk mengilingi api, berbual sambil makan sirih.Sibun Simambang rasa amat takut. `Jika mereka tahu saya dari Siburan mereka akan bunuh saya,’ beliau fikirkan. `Saya mesti buat sesuatu.’Di dalam bekas bamboo yang digantung di tali pinggang beliau terdapat batu untuk menyalakan api, sebilah pisau yang tajam, dan sebiji pasu dan di dalamnya adalah kapur. Kapur itu telah disediakan oleh nenek beliau. Beliau merupakan seorang yang bijak khususnya dengan kata-kata azimat dan telah menjampi kapur tersebut. Maka, sesiapa yang mengambil kapur tersebut akan tunduk dan menjadi kawan beliau.
Sibun Simambung pun meletakkan pasu kecil itu di dalam tapak sirih. `Sila ambil kapur ini, kawan,’ katanya. Ia amat istemewa dan telah pun disediakan oleh nenek saya untuk dibahagikan kepada kawan-kawan saya,’ tambah beliau.Penduduk rumah panjang itu pun merasa sedikit kapur tersebut dengan menyapunya di atas daun sirih. `Ya, sangat bagus’ kata mereka. ` tetapi, berasa pedas sedikit.’Sibun Simambang pun memberi tapak sirih tersebut kepada semua yang berada di rumah panjang. Beliau memastikan bahawa semua yang berada di situ menikmati `kapur ajaib’ itu yang telah disediakan oleh nenek beliau. Selepas semua kaum lelaki merasakannya, beliau memberikan kapur ajaib itu kepada para wanita.
Anak gadis ketua kaum juga sangat suka memakan sirih. Beliau mengambil daun serih dan mengambil sebahagian besar kapur yang dibawa oleh Sibun Simambang dan menyapu kapur tersebut ke daun siruh beliau.`Oh rasanya sungguh enak,’ kata beliau sambil senyum. Jadi mereka yang mengambil kapur tersebut akan bertambah mesra dan mereka yang mengambil dengan banyak pula akan kelihatan lebih mesra. Oleh sebab anak gadis ketua kaum tersebut telah mengambil kuantiti agak banyak maka beliau terus jatuh hati dengan Sibun Simambang.
Selepas Sibun Semambang tinggal di rumah panjang di Sibuyau itu untuk beberapa hari yang lalu, ketua kaum dari rumah panjang itu pun bertanya kepada beliau.`Adakah kamu akan terus tinggal di rumah kami, anak muda?’ tanya beliau.`Saya tidak pasti’ jawab Sibun Simambang. `Saya sepatutnya balik ke kampung halaman saya’`Kamu boleh tinggal di sini sebentar. Lepas itu kamu boleh balik ke pangkuan isteri dan anak-anak kamu,’ kata ketua kaum itu. Lalu Sibun Simambang menjawab.`Saya belum beristeri. Saya masih bujang’Ketua kaum rumah panjang itu berasa gembira apabila mendengar jawapan daripada beliau. `Anak gadis saya bagi tahu yang dia suka dengan awak, orang muda,’ kata beliau. Lantas Sibun Simambang menjawab`Anak gadis pak cik sungguh jelita.’ Memang anak gadis itu sungguh cantik dan anggun. Beliau berasa senang hati dan terus menjawab `Saya juga suka dengan anak gadis pak cik.’`Saya boleh bagi kamu tanah untuk kamu tanam padi di sini jika kamu suka. Lepas itu kamu boleh tinggal di sini, atau kamu boleh kawhin dengan salah seorang anak gadis dari rumah panjang ini’`Saya nak sungguh kahwin dengan anak pak cik, itu pun jika pak cik memberi kebenaran’ kata Sibun Simambang.
Ketua kaum pun senyum lebar. `Kita boleh berbincang kemudian,’ jawab beliau. Tetapi semua orang di rumah panjang telah mengetahui berita itu.Pada sebelah petang seperti biasa penduduk rumah panjang duduk mengilingi unggun api. Mereka makan sirih dan merokok. Mereka semua bercerita tentang perkahwinan Sibun Simambang.`Tetamu muda ini mesti bawa hantaran,’ kata mereka. `Ini ialah adat kita’`Apakah jenis hantaran yang kamu maksudkan’ tanya Sibun Simambang. Beliau ialah seorang yang miskin. Ibunya juga ialah orang miskin.`Oh, barangan biasa. Tidak perlu banyak. Hanya beberapa biji gong dan pasu, tali pinggang perak dan pingan berwarna hijau’Sibun Simambang terasa malu. Beliau bukan insan yang berada. Tetapi beliau tidak mahu mendedahkan keadaan yang sebenarnya.`Oh, hanya pinggan dan sebagainya. Saya memiliki beberapa gong dan pasu. Saya memiliki semua barangan yang sejelita itu kehendaki sebagai hantaran,’ beliau berbohong.
`Di mana kamu simpan barangan tersebut?’`Oh, saya simpan di rumah panjang kami’`Dan di manakah rumah panjang kamu?’`Rumah panjang saya? Eh, tidak jauh, di hulu sungai....tetapi agak susah untuk pergi ke sana. Saya akan balik ambil semua barang tersebut,’ beliau memberitahu mereka.
`Saya juga perlu menjemput saudara-mara saya untuk menghadiri perkahwinan saya. Saya akan balik esok dan akan kembali ke sini dalam masa dua minggu’ kata Sibun Simambang.
Pada keesokan harinya, Sibun Simambang meminjam sebuah perahu dari masyarakat rumah panjang. Beliau berkayuh ke hulu sungei. Tidak lama beliau sampai ke Siburan. Beliau tidak tahu apa yang patut dibuat. Beliau telah memberitahu barangan yang beliau tidak mampu miliki. Dalam hatinya beliau tidak mahu balik ke Sibuyau. Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat lupa akan si gadis jelita yang pernah beliau temui di Sibuyau. Tentu si jelita itu menanti kepulangan beliau.
Beliau tidak memberi tahu sesiapa apa yang telah belaku ke atas dirinya. Apabila ibu nya bertanya apa yang belaku, beliau hanya mampu mengelengkan kepalanya.`Saya percaya anak saya telah terserempak dengan hantu di hutan’ fikir ibunya. Tetapi ibunya tidak memberitahu sesiapa.
Pokok AjaibSibun Simambang akan pergi berjalan ke hutan setiap pagi. Beliau tidak tahu ke mana arah yang hendak ditujui. Pada satu hari Sibun Simambang berjalan ke arah Gunung Siburan. Di bawah panas terik matahari beliau berjalan dengan perlahan. Setelah sampai di puncak gunung tersebut beliau terus baring di bawah pokok balsa.
Ketika sedang baring beliau memandang ke atas pokok tersebut. Dedaun pokok itu bergoyang dan terdengar bunyi besi bergesel seperti bunyi loceng.`Apa ini! Beliau berteriak sambil melompat. Pasu besar dan pinggan bergesel ditiup oleh angin, gong dan bedir berbunyi seperti loceng. Manik dan kepingan-kepingan duit perak bunyi berdering. Di atas pokok besar di atas Gunung Siburan ini tersimpan harta karun yang dimiliki oleh msayarakat Bidayuh!
Sibun Simambang melletakkan `tamboknya’ dan parangnya di atas tanah dan cuba memanjat pokok tersebut. Tetapi kulit pokok tersebut sungguh licin bak kain sutera. Pokok tersebut sungguh tinggi. Sibun Simambang tahu dia tidak mampu memanjat pokok tersebut tanpa bantuan. Beliau lari menuruni gunung tersebut dan balik ke rumah panjang. Beliau mahu semua orang kampung membantunya mengambil harta karun dari pokok tersebut sebagai hantaran kepada bakal isteri beliau.
Pada mulanya kawan-kawan beliau tidak percaya beliau. Bagaimankah pokok ini boleh menyimpan harta karun? Siapa yang menanamkannya? Mereka lari ke atas Gunung Siburan untuk melihat dengan sendiri sama ada ia betul atau tidak.Sesampai mereka di atas gunung tersebut mereka kagum bahawa apa yang diceritakan oleh Sibun Simambang adalah benar belaka. Harta karun yang terdapat di atas pokok balas di puncak Gunung Siburan itu adalah benar. Tetapi tidak ada seorang pun tahu bagaimana untuk mengambilnya kerana pokok tersebut sungguh tinggi.
Ketua Kaum dari rumah panjang di Siburan pun turut serta. Tiba-tiba dia berkata `kita perlu memukul gong dan nyagat untuk menyembah pokok tersebut. Mungkin ia akan memberi kita hadiah jika kita minta dengan cara yang baik’Dengan serta-merta beberapa orang pergi balik ke rumah panjang mereka sambil membawa gong dan gendang. Tidak lama kemudian pokok tersebut pun dikelilingi oleh penduduk kampung. Gong dan gendang itu dipukul bertalu-talu sambil mereka menanyi dan nyagat.
Tiba-tiba datang Si Dia, seroang gadis gemuk gedempol jalan tergesa-gesa menuju ke puncak gunung. `Apa kamu semua buat di sini?’ tanya Si Dia. `Pokok ini milik saya. Saya minta kalian semua jangan panjat pokok itu.’ Semua mereka yang berada di situ ketawa. `Kalau kamu miliki pokok ini, Si Dia, kenapa kamu tidak ambil harta karun yang terdapat di atas pokok itu?’ jawab mereka. `Kenapa kamu tidak panjat pokok itu?’ tambah mereka.Si Dia merenung ke atas pokok tersebut. Lepas itu, beliau memakai kain merah mengilingi kepala dan juga lengan beliau. Beliau turut menari nyagat mengilingi pokok tersebut. Akan tetapi dedahan pokok tersebut terus bergoyang dan terus meninggi hingga mencecah langit biru.
`Berhenti, Si Dia!’ Kata ketua kaum kepada beliau. `Kamu tidak akan membuat sesuatu yang elok kepada kami’ Tarian ngajat kamu hanya membuat pokok itu tumbuh dengan lebih tinggi.’ Si Dia terus beredar dari situ sambil terasa amat hina dengan teguran daripada ketua kaum.Ketua kaum melihat kelilingi beliau. Semua penduduk kampung berada di situ, tetapi dua beradik, Si Pungut dan Si Kadut tidak berada bersama-sama mereka.
`Pokok ini menghendaki semua orang berada di sini,’ kata beliau. `Di mana Si Pungut dan Si Kadut? Kamu mesti pergi mencari mereka.’Dua orang muda yang berada di situ terus pergi mencari dua beradik tersebut di rumah panjang mereka. Sebaik sahaja mereka sampai di rumah panjang mereka berdua terus memanggil Si Pungut dan Si Kadut.`Mari ikut kami ke puncak Gunung Siburan,’ kata mereka. `Terdapat sepohon pokok ajaib di atas sana. Mari kita pergi lihat bersama. Cepat!’`Tidak’, jawab Si Pungut, `saya dan adik saya tidak mahu pergi bersama.’`Kenapa kamu semua tidak menjemput kami ketika semua orang berada di puncak Gunung Siburan?’ tanya Si Pungut.
`Marilah, jangan bodoh!’ kata orang muda itu. `Kamu berdua ialah anak yatim. Kamu orang papa kedana. Kamu patutnya jangan bercakap sombong.’ Kedua adik-beradik ini terasa amat hina apabila mereka mendengar kata-kata yang diluahkan oleh orang muda itu tadi. Mereka terus berkurung di dalam bilik mereka dan enggan keluar. Kedua-dua orang muda yang menjemput mereka terpaksa balik ke puncak Gunung Siburan tanpa kehadiran Si Pungut dan Si Kadut.
`Kita telah melakukan kesilapan,’ kata ketua kaum mereka apabila kedua-dua orang muda itu sampai ke puncak gunung. `Si Pungut dan Si Kadut adalah betul. Mereka sepatutnya dijemput bersama-sama dengan kita. Adalah salah untuk mengasingkan mana-mana orang. Mari, kita pergi bersama-sama menjemput mereka,’ katanya.
`Menjemput dua beradik yatim piatu itu?’ tanya mereka dengan penuh hairan.`Ya, kita semua perlu berjalan balik ke rumah panjang dan menjemput mereka bersama,’ ujar ketua kaum. `Adalah menjadi adat kita untuk menjemput semua jika sesuatu yang belaku. Pokok ajaib tersebut pun turut marah. Jum mari!’ Pada mulanya Si Pungut dan Si Kadut tidak mahu ikut mereka. Akan tetapi setelah puas dipujuk oleh ketua kaum mereka berdua bersetuju. Si Pungut dan Si Kadut terus mengambil tambok dan parang dan mengikut ketua kaum menaiki Gunung Siburan. Sebaik sahaja pokok ajaib itu melihat kalibat Si Pungut dan Si Kadut ketinggian pokok itu terus turun. Mereka yang berada di atas puncak gunung itu kelihatan begitu gembira.
`Sekarang kita boleh ambil harta karun yang terdapat di pokot ajaib tersebut,’ kata mereka. Ada segelintir yang berada di situ cuba panjat tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana kulitnya sungguh licin. Pokok itu masih terlalu tinggi untuk dicapai.
Ketua kaum seterusnya mengarahkan orang kampung untuk menyediakan tikar dan menjemput Si Pungut dan Si Kadut duduk di atas tikar tersebut. Selepas itu, beliau mengarahkan kaum wanita yang berada di situ untuk masak makanan yang lazat untuk kedua-dua beradik tersebut. Ketinggian pokok itu menurun apabila Si Pungut makan paha ayam yang telah digoreng. Apabila Si Kadut menikmati tempoyak goreng ketinggian pokok itu pun terus turun. Walau bagaimanapun, pokok ajaib itu masih sukar untuk dipanjat.Sebaik sahaja mereka habis menjamah makanan dan minuman, ketua kaum menyuruh orang kampung main gong dan canang.
`Sekarang saya dengan hormatnya mempersilakan anak-anak mendiang Raja Siburan, cucu-cucu kepada mendiang Raja Manggeng, untuk mempersembahkan ngajat mengilingi pokok ajaib itu’ ujar ketua kaum dengan penuh sopan.`Kami berasa sungguh bangga,’ jawab Si Pungut dan Si Kadut dan mereka bangun.
Mereka ngajat mengilingi pokok tersebut mengikuti rentak pukulan gong.Dedahan pokok ajaib itu bergoyang. Pokok ajaib itu goyang ke kiri dan ke kanan, ketinggiannya semakin turun. Tidak lama kemudian ketinggiannya hanya mencecah aras ketinggian manusia biasa.
`Orang kampung berteriak kegembiraan dan mereka terus mara ke hadapan.`Berhenti, berhenti! Jangan pegang dan ambil apa-apa!’ teriak ketua kaum. `Biarkan Si Pungut dan Si Kadut mengambil buah pertama dari pokok ini. Pokok ajaib ini milik mereka berdua!’
`Si Pungut terus mengambil setiap satu barangan yang terdapat di atas pokok tersebut. Dia mengambil seutas gong, selaras bedir yang berkilat, seutas tali pinggang perak, pasu berwarna kelabu, satu pinggan hijau, manik yang berwarna-warni, sebungus duit perak, sekotak bekas sirih, dan taram yang tinggi. Sebaik sahaja habis, Si Kadut muncul ke depan dan mengambil satu-persatu barang tersebut mengikut Si Pungut.
`Kami berdua telah mengambil bahagian kami masing-masing. Sekarang kami ingin menjemput ketua kaum dan kawan-kawan sekampung untuk ambil bahagian mereka masing-masing. Satu-persatu mereka mangambil harta karum yang terdapat di atas pokok ajaib tersebut.
Sibun Simambang mengambil semua yang diperlukan dan menyimpankannya di dalam tambok, sambil senyum lebar. Dia sekarang tengah memikirkan si gadis jelita di Sibuyau. Sekarang dia telah memiliki hantaran yang telah dijanjikan kepada gadis tersebut. Ia datang kepada beliau seolah-olah hadiah itu datang dari kayangan.
Apabila semua mereka telah mengambil harta karun dari pokok tersebut, maka tiba-tiba dahan-dahannya pun bergoyang. Dedaun nya mula menggerisik, dan batang pokok tersebut kembali menjadi semakin tinggi hingga mencecah awan biru. Sibun Simambang pun membawa tamboknya menuruni Gunung Siburan. Dia sungguh gembira dan berjalan dengan pantas sekali.
`Datanglah ke perkawinan saya di Sibuyau!’ katanya kepada kepada rakan-rakan sekampung. `Datang dalam masa tujuh hari lagi’Akan tetapi ada seorang yang tidak memiliki apa-apa bahagian – Si Dia. Apabila orang kampung tertawakan beliau, Si Dia merajuk dan berjalan jauh ke dalam hutan. Dia tidak berada di puncak Gunung Siburan apabila Si Pungut dan Si Kadut ngajat. Apabila Si Dia balik, semua barangan berharga dari pokok itu telah habis diambil. Yang belum diambil hanya sebiji pasu yang telah retak.
`Si Dia sungguh kecewa dan meradang. Dia menangis dan menyumpah. Beliau lari mengelilingi pokok tersebut sambil menumbuknya dengan tangannya dan ditendangnya dengan kakinya.
`Kamu pokok derhaka! Dia menyumpah. `Kenapa kamu tidak bagi saya harta karun itu! Apa yang boleh saya lakukan dengan pasu yang retak ini?’Mereka yang berada di situ ketawakan wanita yang sedang berang itu. Tidak ada orang pun yang cuba mententeramkan beliau. Tidak ada orang yang cuba bercakap dengan beliau, dan tidak ada orang kampung yang sanggup memberi hadiah kepada beliau.
Tidak ada orang yang menyaksikan bahawa awan biru tiba-tiba menjadi gelap. Mereka hanya ketawa melihat gelagat wanita yang gemuk gedempul itu. Tiba-tiba Si Dia ambil pasu yang retak itu dan membalingkannya ke arah pokok tersebut.
Tiba-tiba terdengar bunyi guntur dan kilat sambung-menyambung. Terdengar suatu benda terjatuh. Semua orang percaya bahawa langit terjatuh. Tetapi apa yang berlaku pokok tersebut telah rebah menyembah bumi.Pokok yang sebesar Siburan telah tumbang. Ia sungguh panjang dan akarnya terdapat di Sarawak. Dahan-dahannya yang masih penuh dengan harta karun jatuh di kampung Sikung di daerah Sambas. Akibatnya tidak ada orang dari Siburan dapat memiliki mana-mana harta karun dari pokok tersebut.Inilah yang menyebabkan masyarakat di Sikung memiliki harta pusaka sama dengan mereka dari Siburan. Sungguhpun mereka dari Sikung bertutur dalam dialek yang berbeza, tetapi mereka ialah rakan yang akrab dengan mereka dari Siburan. Mereka tidak pernah bergaduh sesama sendiri. Mereka sering berkunjung ke kampung masing-masing walaupun ia mengambil masa lebih kurang tiga hari berjalan kaki.
Sebatang pokok balsa tumbuh di tebing sungai di Sikung. Ia menandakan tempat di mana pokok itu rebah. Ada orang menyatakan pokok balsa baru ini tumbuh dari dahan pokok balsa yang terdapat di puncak Gunung Siburan. Oleh itu, masyarakat Bisikung akan sentiasa memuja pokok tersebut setiap kali perayaan diadakan di kampung mereka. Siapa tahu, suatu hari nanti pokok itu akan berbuah sekali lagi!
Cerita Rakyat ini diceritakan kepada penulis oleh mantan Penghulu Midun Anak Jagat. Mantan Penghulu Midun Anak Jagat berasal dari Kampong Mambong, setelah berhijrah dari Gunung Siburan ketika usia masih muda.

Copy right by YB Golong.

Monday, June 14, 2010

It's All About Belaga, Sarawak

Belaga is the capital of the Belaga District (19,403.2 square kilometers) in the Kapit Division of Sarawak in east Malaysia. It is located on the upper reaches of the Rajang River, some 120 kilometers northeast of Kapit as the crow flies but considerably further on the river and slightly less than 100 kilometers from the South China Sea coast near Bintulu. It is located within the Hulu Rajang parliamentary constituency.

The district population as of 2002 was 25,300. Belaga was established in the early 1900s when a few Chinese traders set up shops and started trading with the Orang Ulu, supplying essentials such as kerosene, salt and manufactured goods.Belaga is considered a good place to start exploring the Sarawak's interior. There are many Kenyah and Kayan longhouses along the Balui and Belaga rivers, and along the Rejang rivers are the Punan, Sekapan, Kejaman and Tanjung longhouses. It is connected with Kapit by boat known locally as express boat (4.5 hours) and with Bintulu by air (once a week) operate by MASWings and by trunk road.

If we look in the tourism side Belaga Town has an extremely pleasant setting beside low forested hills that descend to the river. There is a square with a small park in the centre of the town where the local spend their leisure activities in the afternoon and sometime fighting cocks lived (and made plenty of noise). Walk along the river, past the Malay Kampung where most of Belaga's Malay residents live. There are lots of interesting fruit trees by the Kampung. Try to spot the tribal burial sites on the other side of the river that were decorated with carved wooden archway, which had been placed there by the local Kayan tribes people. Outskirts of Belaga Town. It is completely different from what you will be expecting. There are apartment complexes, schools, police complex, telco station, decent roads, and everything looks clean.
Dinning in the evening could be a challenge. Everything seemed to have closed by about 9pm apart from a couple of Chinese Cafes and Malay Restaurant that selling simple dish and noodles. The basic rule in the restaurants is very simple – don’t specify what you want to eat, as they probably don’t have it – just ask for the daily special, which is always fresh and superbly cooked.
The relaxing town of Belaga is also a good base to visit some loughouses. But it can be difficult to reach these longhouses from the town itself, please ask a local for advice and choose the right option for further exploration.They also provide Accommodation for all visitor:

There a few budget hotels available in this small town.
1. Sing Soon Huat Hotel offer comfortable, clean hotel room with private washroom and in-room TV.
2. Belaga Hotel
3. Sing Soon Hing Hotel, great deal with clean private washroom and in-room TV.

To the north Belaga there is a massive dam project, That they call it the Bakun Dam, which is the largest dam in Asia outside of China. The dam was intended to provide electricity for Sarawak,other surrounding regions and Peninsular Malaysia, but its construction was delayed several times due to economic circumstances, in particular the Asian Financial Crisis of 1997.The federal government decided to continue the project, as billions of ringgit had already been spent on it. However during the early implementation stage of the construction the plan was scaled down in order to reduce cost.
Nevertheless in January 2007,the Malaysian federal government announced its intention to reactivate the initial plan to transfer the power generated by the dam to Peninsular Malaysia via a submarine power cable.The submarine cable will span a distance of 670 kilometres and reach the shore of Peninsular Malaysia at Yong Peng,at the state of Johor, southeastern part of the peninsular.It is expected to be completed the earliest by 2012.Before flowing through the submarine cable, the electricity will flow from Bakun to the western tip of Sarawak via over head electric transmission cables traversing a distance of 700 kilometres.The additional project is expected to cost between RM9 billion and RM10 billions.
The dam has been accused of uprooting 11,000 Orang Ulu from their traditional homes, clear-cutting hundred of square kilometers of ancient virgin tropical rainforest with consequent losses of hundreds of endangered plants and endangered animals, and forever changing the natural environment of Sarawak.

How to Show Your Lady You Love Her

Every woman loves to be loved. But more importantly, women love those special little things their man does to show her how much they love her. What makes one woman melt is not going to be the same for all women, so it helps to think specifically about YOUR significant other. Sending flowers is fine, but their are many other ways a man can melt his woman's heart and in ways she will never forget.

Instructions

Step 1) Melt your lady's heart with a full body massage. A sensual touch will go a long way. You may want to put on a some soft music and light a few candles to set the mood. Start by having her undress and lay down on her stomach on the bed. Make sure your hands are soft so that the massage doesn't turn into a natural exfoliator on her skin from your rough, dry hands. You will want to use a lotion or oil for that extra sensual touch. You may choose her favorite lotion, or even buy a massaging oil. KY sells a wonderful self-heating massage oil that is sure to relax her. Whatever you use, make sure you warm it. Now that you have chosen the lotion or oil you will use, start at her feet and work your way up. Be careful to maintain a soft, sensual touch and don't be too rough. You will know if she is enjoying it by the way she is responding. Continue working your way up from her feet, to her legs, on to her buttocks, and then...You get the picture. Hopefully you will make it to her back, shoulders, and neck, which tends to be a woman's favorite areas for massage. If you don't, maybe next time start at her neck and work your way down. Believe me, by the time you get 15 to 20 minutes into the massage, she will be melting into such a relaxed state that she won't want the massage to end. And, she will definitely know you love her.
Step 2) Draw a hot bubble bath for your special lady. Every woman loves to have "me" time and a bubble bath is always a favorite. You want to make sure that the bath is relaxing, so set the atmosphere. Make sure the bathroom is clean and organized. It is hard for a girl to relax if the bathroom is dirty and cluttered. Light a few candles and place them around the tub. Aromatherapy candles work great. Look for aromatherapy scents that are for relaxation and peace, such as Jasmine, Juniper Berry, and Chamomile. These scents help with anxiety and stress and should help bring emotional balance and relaxation. Again, put on a little, soft relaxing music to help set the mood. Make certain that there will be no interruptions during the bath. This should be uninterrupted, secluded, peaceful time for her. Though she won't want to get out of the bath, when she does, she will definitely know that from this gesture, you definitely love her.
Step 3)Treat your special someone to a candlelight dinner. Most women love to have a night free of cooking, and a romantic, candlelight dinner prepared by her favorite man is just what she wants. Make sure that the meal you design is one of her favorite foods. The atmosphere should be quiet and intimate. A nice glass of her favorite wine to accompany the meal is a sure win. And again, burn candles to make the atmosphere more romantic. Women tend to forever remember intimate moments. She will feel so special and loved by this gesture that she in turn, will want to show YOU how much YOU are loved. It is a win-win situation. Don't worry if you aren't a good cook. As long as you have the atmosphere right, she won't even remember how the food tasted! However, if you are still worried about the food, have a lady friend help you prepare it, or even have it catered in.
Step 4) Compliment your special lady on a daily basis, multiple times a day if you can. Women put a lot of time and effort into looking good for their men, so make sure you notice. Tell her how beautiful she is. Compliment her hair, makeup, and clothes. Tell her how nice her body looks in what she is wearing. And don't just compliment her when she has been spending hours getting ready for your special date. Tell her how beautiful she is when she is working in the yard or cleaning the house. This lets her know that you see and love her inner beauty too.